Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan cubaan menculik seorang pelajar lelaki seperti yang tular, hari ini.

Sebaliknya, siasatan mendapati, pelajar berusia 13 tahun itu memalsukan laporan kerana enggan ke sekolah akibat kasutnya  terkena najis kucing.

“Ketika soal siasat dijalankan mendapati laporan yang dibuat oleh mangsa adalah tidak benar sama sekali,” kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim.

Terdahulu katanya, pelajar dan bapanya, 37, hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Shah Alam hari ini bagi membuat laporan berkenaan dakwaan cubaan culik ketika berjalan kaki ke sekolah.

Bagaimanapun, Mohd Iqbal berkata, siasatan terhadap pelajar tersebut tidak diteruskan selepas membuat pengakuan tersebut.

Tetapi, pelajar dan bapanya telah diberikan amaran.

Insiden itu tular dalam pesanan di aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang mendakwa anaknya cuba diculik ketika berjalan ke sekolah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast