Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas, menegaskan bahawa Pas menghormati keputusan parti Bersatu berhubung pencalonan Perdana Menteri. Beliau berkata, fokus Pas ketika ini adalah terhadap gerak kerja memenangkan pilihan raya, manakala soal calon Perdana Menteri akan diputuskan melalui mesyuarat Perikatan Nasional.















