NEW YORK – Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang resolusi penting Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata di Gaza, ketika Israel semakin memperluas serangannya di wilauah itu.
Resolusi yang diluluskan oleh 14 daripada 15 anggota majlis pada Khamis, menggesa agar diwujudkan “gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di Gaza yang dihormati semua pihak”.
Ia juga menuntut pembebasan semua tawanan Hamas serta kumpulan lain dan pelonggaran sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dirangka oleh 10 anggota bukan tetap majlis itu, resolusi berkenaan lebih jauh daripada draf-draf terdahulu dengan menekankan apa yang diplomat sebut sebagai situasi kemanusiaan “katastrofik” di Gaza selepas hampir dua tahun perang di wilayah berkenaan, yang telah meragut sekurang-kurangnya 65,141 nyawa menurut pegawai kesihatan Palestin.
Seperti dijangka, Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang usaha tersebut.
Selepas undian itu, Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyifatkan veto AS sebagai “amat dikesali” kerana telah menghalang “Majlis Keselamatan daripada memainkan peranannya yang sewajarnya dalam menghadapi kekejaman ini dan melindungi orang awam daripada genosid.” -AGENSI
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















