Pegawai JAS melakukan siasatan dan pemantauan berhubung pencemaran Sungai Bekok, Batu Pahat

BATU PAHAT – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sedang menyiasat laporan pencemaran di Sungai Bekok di sini yang berlaku minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Ling Tian Soon berkata, pegawai JAS Batu Pahat telah berjumpa dengan pengadu sebelum dibawa ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

“Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, dron digunakan untuk membuat tinjauan udara terhadap sistem saliran berdekatan selain mengenal pasti punca pencemaran.

“Sampel air turut diambil untuk dianalisis, manakala beberapa lokasi berkemungkinan menjadi punca pencemaran sedang dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, JAS juga telah meminta Majlis Daerah Yong Peng dan Jabatan Veterinar Johor di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjalankan siasatan bersama-sama.

Tian Soon yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng menegaskan, kerajaan negeri memandang serius insiden berkenaan.

“Sebarang pencemaran tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat dan alam sekitar.

“Kerajaan negeri akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menjadi punca pencemaran ini,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast