Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu-isu semasa.

Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan mengenai pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan depan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Perdana Meteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pertemuan YAB Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini (25 September),” demikian menurut hantaran di laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Isnin lalu, Anwar mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

Menerusi inisiatif itu, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam alat pembaca di pam minyak untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran.

Rakyat Malaysia juga boleh mula membuat semakan kelayakan inisiatif BUDI95 yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan, bermula pukul 9 pagi hari ini.

Portal rasmi www.budimadani.gov.my kini dibuka untuk semakan profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan, dengan semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan tanpa perlu pendaftaran baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast