Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Manila kini memantau rapat situasi terkini Taufan Tropika Opong atau Taufan Bualoi, yang telah membawa hujan lebat sehingga mengakibatkan ratusan keluarga dipindahkan.

Kementerian Luar Negeri melalui dalam satu kenyataan mengesahkan, sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat taufan berkenaan.

Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan agar terus berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah digalakkan untuk berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my,” jelas kenyataan itu lagi.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedia dihubungi bagi mendapatkan khidmat sokongan sewajarnya.

Kedutaan berkenaan boleh dihubungi di alamat Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina atau melalui talian telefon +63 2 8662 8200 / 0917 864 0761.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh menyalurkan sebarang pertanyaan dan permohonan bantuan konsular menerusi e-mel rasmi Kedutaan di [email protected]

Menurutnya,  setakat ini taufan berkenaan berada di kawasan tengah Filipina dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer sejam dan kelajuan angin maksimum dicatatkan 110 kilometer sejam.

Ia dijangka keluar dari kawasan tanggungjawab Filipina (PAR) pada 27 September 2025.

“Malaysia menzahirkan rasa takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Filipina, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat bencana tersebut.

Kementerian ini sedang menyelaras dengan agensi-agensi berkaitan berhubung bantuan yang boleh disalurkan kepada pihak Filipina,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast