Logo AKPS
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berjaya mematahkan cubaan menyeludup tigas ekor hidupan liar bernilai RM20,000 ke Mumbai.

Agensi itu berkata, usaha berkenaan gagal selepas operasi penguatkuasaan dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan yang cuba membawa hidupan liar tersebut menerusi  penerbangan Malaysia Airlines MH0194 turut ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bagasi suspek berusia 46 tahun itu menemukan seekor disyaki ungka dan dua ekor disyaki cuscus yang disembunyikan,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Aeropolis untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 [Akta 686].

Tambahnya, rampasan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast