Penjawat awam menyaksikan siaran langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Belanjawan bagi tahun 2026 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, pada 2026.

Jelasnya, ia susulan penstrukturan semula gaji penjawat awam yang mengambil kira peningkatan gaji 2026, melibatkan penambahan RM18 bilion ringgit disusuli pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.

Tambahnya, Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Jelas beliau, bantuan tersebut akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 hari ini mengumumkan sumbangan khas RM500 untuk 70,000 guru Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

Katanya, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast