Syarikat pengendali perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berdepan penalti sehingga RM190,000 sebulan sekiranya gagal memastikan sistem berfungsi sepenuhnya.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, pengendali perlu mengekalkan tahap operasi 100 peratus bagi satu tren dan sekurang-kurangnya 99.5 peratus apabila dua tren beroperasi serentak bagi menjamin kelancaran pergerakan penumpang di lapangan terbang tersebut.















