Remaja perempuan yang dipercayai ditikam ketika sedang menunggang motosikal.

MELAKA – Seorang remaja perempuan cedera dipercayai ditikam ketika sedang menunggang motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling, di sini petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika remaja berkenaan sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dipercayai menikamnya dari belakang.

Mangsa yang cedera kemudian diselamatkan orang awam sebelum ambulans tiba di tempat kejadian dan membawanya ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun setakat jam 9.35 malam ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast