KUALA LUMPUR – Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang lebih panjang diramal berlaku terutamanya di utara dan timur Semenanjung serta Sabah dan WP Labuan hingga Sabtu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MeTMalaysia) berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan penumpuan angin di rantau negara.
Sehubungan itu, MeTMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Terdahulu, fenomena La Nina dijangka melanda negara dalam tempoh Oktober hingga Disember tahun ini dengan 71 peratus.
Manakala, 54 peratus dijangka berlanjutan sehingga awal tahun depan.- MalaysiaGazette















