Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan surat lantikanUniversiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilantik sebagal Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara sempena ASEAN Sports Industry Expo 2025 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilantik sebagal Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara dalam memperkasa inovasi teknologi sukan dalam kalangan mahasiswa di negara ini

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, selain UMPSA, tiga universiti telah dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara dengan teras yang berbeza adalah UPSI (teras tatakelola), UiTM (teras keusahawanan sukan), USM (teras agenda pembangunan yang mampan).

Katanya, penubuhan Pusat Inovasi Teknologi Sukan, sebuah pusat kecemerlangan di UMPSA baru-baru ini tepat pada masanya.

“Penglibatan UMPSA dalam penyelidikan teknologi sukan telah bermula sejak tahun 2012 yang dipelopori oleh Makmal Innovative Manufacturing, Mechatronics and Sports (iMAMS Lab) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) dan Human Engineering Research Group (HUMEN) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA).

“Di antara prototaip produk yang telah dihasilkan antaranya adalah Soccer Ball Launcher, Agility Training Device, Wireless Timing Gate, Shuttlecock Shooter dan sebagainya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penyelidik UMPSA juga terlibat dengan analisis biomekanik di dalam sukan seperti Finite Element Analysis dalam bidang berkaitan sukan dan Data Analytics.

Menurutnya dokumen lantikan telah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena ASEAN Sports Industry Expo 2025 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.

Program dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memperkukuh kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam pembangunan industri sukan dari aspek infrastruktur, teknologi dan bakat bersempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN Tahun 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast