Mayat gelandangan warga asing yang ditemui mati di Persiaran Ara Kiri, Bangsar, di sini pagi tadi. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Rohingya ditahan bagi membantu siasatan kematian lelaki warga asing yang ditemui maut dengan kesan luka di kepala di Persiaran Ara Kiri, Bangsar, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki Rohingya berusia 27 tahun itu merupakan rakan mangsa yang baru dikenali sebulan lalu dan tinggal di bawah jejambat di Jalan Bangsar.

Menurut beliau, suspek mengaku terlibat dalam kes ini selepas berlaku salah faham dengan mangsa pada malam kejadian hingga menyebabkan lelaki itu meninggal dunia.

“Mangsa yang berusia 40-an telah ditolak hingga jatuh ke dalam saluran air bahagian belakang bangunan kedai yang tidak beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan sekitar jam 5 petang di sekitar Bangsar oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayaj (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Chang Hook berkata, susulan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam masa sembilan jam dan kes diklasifikasikan sebagai selesai,” ujarnya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau Pegawai Penyiasat, ASP Muhamad Nabil AfifAbdul Rahman di talian 012-6955051 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Gelandangan warga asing ditemui mati di Bangsar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast