Mayat gelandangan warga asing yang ditemui mati di Persiaran Ara Kiri, Bangsar, di sini pagi tadi. Foto PDRM

KUALA LUMPUR –  Seorang lelaki warga asing ditemui mati dengan kesan luka di kepala dipercayai dibunuh dalam kejadian di Persiaran Ara Kiri, Bangsar, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.03 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar jam 10.21 malam tadi melibatkan seorang lelaki warga asing dipercayai gelandangan berusia 40-an.

“Mangsa ditemui mati dengan kesan luka di kepala dan kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek dan saksi yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222.

“Boleh juga menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Muhamad Nabil AfifAbdul Rahman di talian 012-6955051 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast