Kementerian Komunikasi menerima tajaan RM22.31 juta daripada 123 rakan strategik sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tajaan itu meliputi tunai, barangan dan perkhidmatan, serta mencerminkan sokongan padu sektor korporat terhadap penganjuran sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.















