Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada Majlis Penutup Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Foto AIZAT ZAINAL, 01 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Malaysia meluahkan kebimbangan terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza dan Palestin di mana kebuluran dan kekurangan keperluan asas digunakan sebagai senjata perang.

Justeru Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa semua negara terutama kuasa besar untuk menggunakan pengaruh mereka mengikut undang-undang antarabangsa.

Jelas beliau, dalam konteks itu, Malaysia mengalu-alukan Pelan Komprehensif Amerika Syarikat (AS)  untuk menamatkan konflik di Gaza.

“Lebih dekat dengan negara asal, Malaysia juga memuji Kemboja dan Thailand kerana menunjukkan dialog yang membina untuk menyelesaikan pertikaian sempadan.

“Dan kami sangat menghargai sokongan rakan kongsi terutamanya AS, seluruh ASEAN, dan China dalam mempromosikan penyelesaian damai ini.

“Dalam semangat ini, marilah kita terus bertindak bersama, berpandukan undang-undang, belas kasihan dan usaha bersama untuk mencapai keamanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Ke-12 (ADMM Plus) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

ADMM Plus yang dianjurkan oleh Malaysia dengan tema ‘Kesepaduan ASEAN untuk Keselamatan dan Kemakmuran’ itu menghimpunkan para menteri pertahanan dari seluruh Asia-Pasifik dan luar rantau bagi membincangkan keamanan, kestabilan serta cabaran keselamatan baharu yang sedang muncul. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast