Anggota polis unit forensik membawa mayat lelaki warganegara India berusia 49 tahun yang ditemui mati di tangga rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2025.

PUCHONG – Seorang lelaki warga asing ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan tangga sebuah rumah kedai berdekatan Lotus Puchong Perdana di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah sekitar pukul 8.30 malam sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi juga mendapati anggota dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama seekor anjing pengesan berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

Anjing pengesan K9 PDRM melakukan pengesanan bahan bukti dalam kes seorang lelaki warganegara India berusia 49 tahun ditemui mati di tangga rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2025.

Difahamkan, mangsa yang belum pasti identitinya itu bekerja di negara ini dan menyewa bilik di rumah kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat warga asing itu.

Tambah beliau, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast