KUALA LUMPUR – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selesai menghantar borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman jam 9 pagi tadi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke 17, hari ini,
Hajiji yang hadir lengkap berpakaian baju melayu biru tiba di pekarangan Dewan Seri Sulaman dengan tiga lagi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Jasnih Daya bagi DUN Pantai Dalit, Datuk Joniston Bangkuai bagi DUN Kiulu dan Dr Bonaventure Boniface untuk DUN Tamparuli.
Di Semporna, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal selesai membuat penyerahan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon PRN Sabah ke-17 di Dewan Masyarakat Semporna pada jam 9.22 pagi.
Tempoh penyerahan borang calon ditetapkan sehingga jam 10 pagi. – MalaysiaGazette
















