Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia akibat lemas manakala seorang wanita berusia 22 tahun berjaya diselamatkan di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin memaklumkan, mangsa wanita ditemui dalam keadaan selamat manakala mangsa lelaki tidak sedarkan diri.

Menurutnya, mangsa wanita dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan pukul 10.47 malam dan mangsa lelaki pula dibawa turun ke kawasan berkumpul namun disahkan meninggal dunia pukul 12.20 pagi.

Terdahulu, beliau berkata, panggilan kecemasan 999 diterima pukul 5.25 petang.

Pasukan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta pasukan perubatan digerakkan ke lokasi kejadian.

Laluan berbukit menyebabkan perjalanan anggota penguat kuasa ke kawasan kejadian mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit secara berjalan kaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast