Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pelbagai strategi dan langkah proaktif telah dilaksanakan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). Dalam usaha mengenal pasti risiko runtuhan cerun, JKR Malaysia turut menjalankan pengumpulan data serta menghasilkan peta bahaya sebagai langkah kesiapsiagaan.















