SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR-  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan senarai rampasan barangan milik Albert Tei Jiann Cheing pada hari penahanannya dan ia telah ditandatangani sendiri oleh Albert.

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM dalam satu kenyataan menyatakan barangan tersebut telah diberikan oleh ahli perniagaan itu kepada pegawai SPRM dan satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 telah diserahkan kepadanya pada 28 November 2025.

“Antara barangan yang disita terdiri daripada telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang merupakan barang bukti.

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barang-barang Albert Tei tanpa mengikut prosedur.

“SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa,” katanya.

Ia merujuk kepada satu berita yang mula-mula dikeluarkan portal ini hari ini di mana peguam yang mewakili isteri Albert Tei mendakwa SPRM telah merampas barangan suaminya secara tidak sah dan memberi tempoh tiga hari sehingga Rabu ini kepada SPRM untuk mengeluarkan inventori harta yang dirampas ekoran penahanan suaminya, tiga hari lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Peguam isteri Albert Tei beri SPRM tempoh 3 hari keluarkan inventori rampasan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast