Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan kepada beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Amaran turut dikeluarkan bagi di daerah Raub dan Bentong, Pahang, manakala di Selangor melibatkan tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

“Selain itu, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Cuaca itu turut dijangka dialami beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis),” katanya dalam satu kenyataan.

MetMalaysia menambah, amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan berlaku di Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Tambah kenyataan terbabit, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast