khairat BKM
Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. Foto arkib Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Tiada penalti dikenakan ke atas surat cara yang disetemkan di bawah Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 bagi kesalahan mengemukakan Borang Nyata Duti Setem (BNDS) yang tidak betul atau kesalahan memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan kepada pengenaan duti.

STSDS Fasa 1 akan bermula 1 Januari 2026.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berkata, tempoh konsesi khas tiada pengenaan penalti ini adalah terpakai kepada permohonan penyeteman yang dikemukakan mulai 01.01.2026 hingga 31.12.2026.

Menurutnya, pemberian konsesi khas ini dilaksanakan sebagai satu langkah pendidikan dan sokongan peralihan bagi memupuk kesedaran serta menggalakkan pematuhan
secara sukarela dalam kalangan pembayar duti.

Dalam masa yang sama, LHDNM menyediakan tempoh yang mencukupi untuk para pembayar duti memahami prosedur yang ditetapkan dan melaksanakan penyeteman sendiri secara elektronik dengan berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast