YDPA Sultan Ibrahim menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Menurut Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Media sebelum ini melaporkan, seorang pegawai kanan tentera darat sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia.

FB Sultan Ibrahim

Beliau yang sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 28 Disember lalu dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tarikh berkenaan. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast