Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad

GEORGE TOWN – Pemandu warga asing yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ketika terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang pejalan kaki di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong di sini semalam dibebaskan dengan jaminan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek lelaki berusia 51 tahun itu dibebaskan hari ini.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan seorang penjamin iaitu isterinya yang merupakan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pejalan kaki maut dilanggar pemandu mabuk

Media terdahulu melaporkan dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa seorang wanita tempatan berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Abdul Rozak berkata, siasatan awal mendapati SUV yang dipandu suspek bergerak dari arah Mount Erskine menghala ke Tanjung Bungah sebelum melanggar mangsa yang sedang melintas jalan dari kiri ke kanan.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ujian saringan kandungan alkohol yang dijalankan terhadap suspek mendapati lelaki berkenaan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast