Logo Polis Diraja Malaysia

KLANG – Seorang warga tempatan maut ditembak dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Wangsa, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam.

Sepasukan polis yang menerima maklumat kejadian telah tiba di lokasi menjumpai mayat seorang warga tempatan dianggarkan berusia 43 tahun.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai dua lelaki menaiki motosikal telah sampai ke lokasi tempat kejadian.

“Suspek telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Zaini, mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menjalani proses bedah siasat.

“Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.

Katanya lagi, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini dinasihatkan untuk hadir ke balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast