KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh mengakui kemenangannya pada pilihan raya negeri lalu tidak mungkin dicapai tanpa usaha sama yang luar biasa daripada jentera Pas.
Atas sebab itu, kata Ketua Bersatu Bahagian Tanjong Karang berkenaan, beliau sentiasa mengenang jasa dan amat menghargai kepimpinan Pas di kawasan itu yang bekerja tanpa jemu di lapangan.
Sehubungan itu, tambahnya, menjadi tanggungjawabnya untuk terus memperkukuhkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) di Tanjong Karang sebaik mungkin.
“Kerana bagi saya, Pas dan Bersatu umpama aur dengan tebing — aur mesti kukuh, tebing mesti utuh. Jika salah satu rebah, kedua-duanya akan terjejas,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Selain itu, tambah Nurul Syazwani, kejayaan beliau di Tanjong Karang juga hasil sokongan pengundi Barisan Nasional (BN) yang memilih untuk bersama demi kestabilan dan masa depan kawasan tersebut.
Pada PRN-15, Nurul Syazwani yang juga anak kepada Tan Sri Noh Omar yang bertanding atas tiket PN menang di kerusi DUN Permatang dengan majoriti 1,728 undi.
Beliau yang mendapat 12,850 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Yahya Mat Sahri (11,122 undi). – MalaysiaGazette

















tidak untuk pru16