KUALA LUMPUR – Malaysia bebas daripada jangkitan Virus Nipah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, kali terakhir wabak berkenaan dilaporkan pada tahun 1999.
“Wabak nipah pada tahun 1998 hingga 1999 melibatkan 265 kes manusia dengan 105 kematian,” ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ni.
Dalam masa yang sama, negara juga bebas daripada satu lagi penyakit zoonotik, influenza Avian, katanya.
Bagaimanapun Dzulkefly berkata, beberapa kes penyakit zoonotik masih dilaporkan di dalam negara iaitu Rabies dan Brucellosis.
“Bagi Rabies, kes menurun daripada 21 kes pada tahun 2023 kepada lapan kes pada tahun 2024 dan seterusnya tujuh kes pada tahun 2025.
“Kes menurun daripada lapan kes pada tahun 2024 kepada satu kes pada tahun 2025 (penurunan 88 peratus),” katanya. -MalaysiaGazette
















