Datuk Mahadi Badrul Zaman yang mewakili AUF MBZ Consortium PLT (AUF MBZ) selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Bagi pertuduhan hari ini, syarikat tersebut didakwa menjalankan urusan aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti sedangkan ia bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga sekuriti.















