Jejak roket kelihatan membelah langit di bandar pesisiran tengah Israel, Netanya, berikutan gelombang baru serangan roket oleh Iran pada 9 Mac 2026. foto AFP

TEHRAN – Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel  – serangan pertama selepas pelantikan pemimpin tertinggi baharu republik Islam itu, Ayatollah Mojtaba Khamenei.

“Iran menembak gelombang pertama roket di bawah pimpinan Ayatollah Seyyed Mojtaba Khamenei ke wilayah yang diduduki,” lapor Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB).

Gambar yang dikongsi menunjukkan sebuah peluru berpandu bertulis slogan “At Your Command, Sayyid Mojtaba”

Di Israel, siren amaran serangan udara kedengaran di beberapa kawasan di bahagian utara dan tengah negara itu termasuk Tel Aviv dan Haifa, menurut Komando Barisan Dalam Tentera Israel. 

Polis Israel memaklumkan, pegawai dikerahkan ke sekurang-kurangnya dua lokasi di tengah negara itu selepas serpihan sistem pemintas dipercayai jatuh di kawasan berkenaan.

Perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom berkata, seorang wanita cedera selepas terkena batu yang tercampak akibat letupan.

Tentera Israel kemudian memaklumkan sistem pertahanan udara sedang memintas peluru berpandu yang masuk sebelum mengesahkan keadaan kembali selamat untuk orang ramai keluar dari kawasan perlindungan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast