Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt, Jerman.

LONDON – Europe mungkin hanya mempunyai “sekitar enam minggu untuk bekalan bahan api jet lagi,” menurut International Energy Agency (IEA).

Stok itu dijangka mencapai titik kritikal menjelang Jun sekiranya Eropah gagal menggantikan sekurang-kurangnya separuh daripada importnya dari Asia Barat.

Selat Hormuz, laluan utama bagi penghantaran bahan api jet dari Teluk, telah ditutup secara berkesan oleh Iran selama lebih enam minggu sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel, sekali gus menyebabkan harga melonjak dan mencetuskan kebimbangan kekurangan bekalan.

Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol berkata, pembatalan penerbangan mungkin berlaku tidak lama lagi jika bekalan terus terganggu.

Dalam laporan pasaran minyak bulanan, IEA yang memberi nasihat kepada 32 negara anggota mengenai bekalan dan keselamatan tenaga menyatakan eksport dari rantau Teluk merupakan sumber terbesar bahan api jet kepada pasaran global.

Kilang penapisan di negara pengeksport utama lain seperti Korea, India dan China juga sangat bergantung kepada import minyak mentah dari Asia Barat.

Akibatnya, krisis ini “telah mengganggu secara serius operasi pasaran bahan api penerbangan,” menurut laporan itu.

Jurucakap kerajaan United Kingdom memberitahu BBC, pihaknya sedang bekerjasama dengan pembekal bahan api dan syarikat penerbangan bagi “memastikan pergerakan rakyat tidak terjejas dan perniagaan terus disokong”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast