Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi dua lokasi di Semenanjung melibatkan Kelantan dan Pahang serta satu kawasan di Sabah.

Kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Jeli di Kelantan dan Jerantut di Pahang manakala di Sabah melibatkan Telupid.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast