Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri sehingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran dikeluarkan pada 3.15 petang memaklumkan negeri terlibat ialah Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Di Selangor, cuaca itu diramal di Hulu Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah serta Rembau.

Bagi Pantai Timur, cuaca itu diramal melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selain Kuala Nerus serta Kuala Terengganu di Terengganu.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi) manakala di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu). – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast