WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang beberapa tapak radar di pesisir Iran pada Jumaat, menurut pihak tentera AS, dalam perkembangan terbaharu yang mengancam gencatan senjata dalam konflik di Asia Barat.
Dalam satu kenyataan, Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa pasukan AS telah menembak jatuh empat dron serangan sehala Iran yang dilancarkan ke arah Selat Hormuz, sebelum melancarkan serangan ke atas tapak radar pengawasan pantai Iran di bandar Goruk dan di Pulau Qeshm.
Menurut CENTCOM, dron-dron tersebut menimbulkan ancaman terhadap trafik maritim di kawasan berkenaan, seperti dilaporkan AFP. – MalaysiaGazette
















