Keadaan bangkai bas persiaran yang terbabit dalam nahas jalan raya yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 JUN 2025.

KUALA LUMPUR – Seramai 42 mangsa dan waris tragedi nahas bas di Gerik setahun lalu menerima wang sumbangan dana berjumlah RM2 juta hari ini.

Tabung UPSI Berduka itu diagihkan  secara berperingkat sejurus selepas tragedi berkenaan berlaku.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, universiti turut menyalurkan bantuan sebanyak RM5,000 Majlis Tautan Kasih dan Ukhwah UPSI Bersama Waris Insiden Gerik 2025 pada Sabtu.

Wang berkenaan menggunakan baki dana yang masih terdapat dalam Tabung UPSI Berduka.

“Masih terdapat kira-kira RM210,000 dalam tabung dan sebahagian daripadanya kami salurkan hari ini kepada keluarga serta pelajar yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan di Tok Aman Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Dalam tragedi pada 9 Jun tahun lalu, 15 pelajar UPSI maut manakala puluhan lagi cedera.

Bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, ketika dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti Aidiladha.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast