KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Pengerusinya, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tiada pilihan berbuat demikian kerana Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan lebih awal akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri itu.
“Di Negeri Sembilan, pasti bergerak solo kerana PH telah mengumumkan mereka bertanding di seluruh 36 kerusi. Maksudnya, mereka akan letakkan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri.
“Maksudnya, kita tidak ada pilihan melainkan kita terpaksa bertanding secara solo,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026 di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberitahu gabungan itu akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN di negeri berkenaan.
Semalam, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah memuktamadkan pembahagian 56 kerusi antara parti-parti komponennya bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan dan Jihor yang akan datang.
Kata beliau, keputusan tersebut bagaimanapun perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada Majlis Presiden PH untuk mendapatkan pengesahan rasmi. – MalaysiaGazette
















