Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, DBKL menafikan dakwaan menghalau penjaja di UTC Sentul, sebaliknya melaksanakan projek pembangunan semula di bawah Program Lestari Niaga yang melibatkan pembinaan 20 kiosk modular baharu lengkap dengan pelbagai kemudahan. Penjaja terlibat turut menerima bantuan RM1,500 sebulan selama tiga bulan sepanjang tempoh pembinaan.















