Iran mengumumkan sekali lagi penutupan Selat Hormuz pada Sabtu susulan serangan Israel di Lubnan, yang disifatkan melanggar perjanjian yang dimeterai bersama Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik di Asia Barat.
Memetik Agensi, Pengumuman itu dibuat ketika tentera Israel meneruskan pertempuran dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan dan melancarkan beberapa serangan udara maut, hanya beberapa jam selepas AS mengumumkan gencatan senjata baharu di kawasan berkenaan.















