Tangkap layar dari video yang tular seorang pelanggan mendakwa menemukan ulat pada lauk ayam yang dibeli daripada sebuah vendor makanan di Hospital Melaka sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

MELAKA – Seorang pelanggan mendakwa menemukan ulat pada lauk ayam yang dibeli daripada sebuah vendor makanan di Hospital Melaka yang tular di media sosial sejak semalam sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dakwaan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di platform Threads oleh pengguna akaun @pvtnaddy yang memaparkan gambar dipercayai menunjukkan ulat pada bahagian kulit ayam yang dibeli daripada vendor berkenaan.

Menurut pemilik akaun tersebut, rakannya hanya menyedari kewujudan ulat itu selepas menggigit dan menyelak bahagian kulit ayam ketika sedang menikmati makanan yang dibeli.

Tangkap layar dari video yang tular seorang pelanggan mendakwa menemukan ulat pada lauk ayam yang dibeli daripada sebuah vendor makanan di Hospital Melaka sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

“You all kalau berniaga tolong la jujur sikit. Sian kawan i beli makanan kat vendor Hospital Melaka ni. Ada satu kedai vendor ni dia jual lauk, kawan i beli.

“Masa dia nak makan tu dia belum perasan. Time dia gigit kulit ayam tu dia selak-selak baru perasan ada ulat. Harga dah la RM8 ringgit tau sian dia,” tulisnya.

Hantaran itu kemudian mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa jijik serta bimbang terhadap tahap kebersihan makanan yang dijual.

Pengguna akaun @eyrinnnn._ secara umum mendakwa makanan yang dijual vendor secara banyak kebiasaannya sering dipanaskan semula sebelum dijual pada hari berikutnya.

“Makanan vendor bbykk ni kebiasaan memang tpanas ii kan jee, dieorang bkn kesahh jual makanan basi. Ada yg tk panas kan lgii esok terus juall balik makanan yg tk habis tuu,” tulisnya.

Tangkap layar dari video yang tular seorang pelanggan mendakwa menemukan ulat pada lauk ayam yang dibeli daripada sebuah vendor makanan di Hospital Melaka sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sementara itu, pengguna akaun @sitihalimi mengakui pernah melihat makanan yang dijual di vendor tersebut namun tidak pernah membelinya.

“Pernah nampak, tak pernah beli, teringin nak beli, skrg dah taknak beli takut,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @aljufreyyyyy, turut meminta pihak berkaitan mengambil perhatian terhadap dakwaan tersebut.

“Vendor dekat ATM tu ke? Tag je @kementeriankesihatanmalaysia untuk perhatian. Tapi kalau kat situ, selalu staff hospital pun beli,” tulisnya.

Pengguna akaun @diyanalah_ pula mempersoalkan tempoh makanan itu disimpan sehingga didakwa terdapat ulat pada lauk berkenaan.

“Ulat kalau naik ni.. dah berapa hari agaknya dia panas ii,”tulisnya.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak vendor terbabit, pengurusan Hospital Melaka atau Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berhubung dakwaan berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast