Sindiket mengemis yang didalangi warga asing dengan memanipulasi orang kurang upaya (OKU) tempatan dibongkar di ibu negara pada Jumaat.
Kegiatan itu berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi operasi di sekitar Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang bermula kira-kira jam 10 malam.















