Kereta membawa Onn Hafiz tiba di pekarangan Istana Bukit Serene di Johor Bahru untuk istiadat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi tiba di Istana Bukit Serene di sini bagi menghadiri Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor it itu dilihat menaiki kenderaan rasmi dan tiba pada pukul 3.40 petang selepas meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana di sini sebentar tadi.

Onn Hafiz keluar dari kediaman rasminya di Saujana, Johor Bahru untuk menuju Istana Bukit Serene untuk angkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor

Onn Hafiz dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

BN memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast