KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung berhubung isu kerugian pelaburan berjumlah RM200 juta oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, E-Fishery.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, satu pasukan siasatan dari Ibu Pejabat SPRM juga dibentuk semalam bagi mengkaji dan meneliti isu tersebut secara menyeluruh.
“SPRM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan ini bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga integriti proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2026/07/16/kwap-diperdaya-labur-hampir-rm200-juta-dalam-efishery-pm/
https://malaysiagazette.com/2026/07/18/kes-efishery-tindakan-susulan-sewajarnya-telah-diambil-kwap/
Semalam media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan KWAP diperdaya dalam satu penipuan terancang sehingga melaburkan hampir RM200 juta dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery.
Katanya, terdapat manipulasi laporan kewangan oleh pihak pengurusan eFishery terhadap KWAP meskipun organisasi itu melaksanakan proses usaha wajar sebelum meluluskan pelaburannya. -MalaysiaGazette
















