Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bersama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 di Shangri-La Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 21 JULAI 2026.

KUALA LUMPUR – Hasil dapatan Persidangan Pengawalseliaan Antarabangsa (IRC) 2026 akan dijadikan sebagai rujukan dalam merangka pindaan undang-undang dan dasar baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI). 

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ia termasuk dengan penambahbaikan kerangka perundangan sedia ada bagi menghadapi cabaran teknologi yang kian berkembang.

Tambah beliau, Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) merupakan antara contoh hasil yang lahir daripada perbincangan dan perkongsian pengalaman melalui forum seperti IRC.

“Sebagai contoh pengalaman kita dalam perbincangan sebelum ini membolehkan kerajaan melalui beberapa jawatankuasa merangka dan seterusnya membawa ke Dewan Rakyat serta Dewan Negara Akta Keselamatan Dalam Talian.

“Itu salah satu yang terhasil daripada banyak perbincangan termasuk dalam forum seperti IRC, dan kita lihat memang ada keperluaan pindaan kepada akta-akta berkaitan dalam menangan i jenayah penipuandan pelbagai,” katanya.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berucap pada Perasmi Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 di Shangri-La Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 21 JULAI 2026.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 di sini hari ini

Tambah Fahmi, kerajaan juga sedang menumpukan kepada penyediaan kerangka perundangan khusus bagi mengawal selia teknologi AI yang kini sedang diusahakan oleh Kementerian Digital.

Katanya, pelbagai isu berkaitan teknologi baharu atau emerging technologies yang dibincangkan sepanjang persidangan akan diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat pembuat dasar.

“Banyak daripada perbincangan mengenai teknologi baharu ini akan kita bawa dan bincangkan sama ada di peringkat Jemaah Menteri atau dalam kalangan ketua setiausaha.

“Ini supaya mana-mana undang-undang sedia ada yang boleh ditambah baik atau undang-undang baharu yang perlu digubal dapat dibawa ke Dewan Rakyat, insya-Allah,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast