Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah ditahan disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah kira-kira RM2 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an telah ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

“Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 dengan menyeleweng peruntukan yang diperoleh dari Kementerian Kewangan untuk pembinaan sebuah dewan kebudayaan dan galeri di negeri ini.

“Suspek dipercayai telah mengemukakan permohonan dan melaksanakan sendiri pembinaan dewan itu tanpa persetujuan ahli majlis tertinggi pertubuhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek akan dituduh 23 Julai ini di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast