KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan maut selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas Smart Selangor di Teluk Merbau Sungai Pelek, Sepang, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Asrul Riezal Asbar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 petang tadi.
Pasukan yang tiba mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20-an tersepit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa segera dilakukan pihak anggota.
“Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi dan lelaki terbabit berjaya dibawa keluar oleh anggota pada jam 7.15 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
















