SEREMBAN – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa percaya trend penolakan rakyat terhadap kerajaan akan berterusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya di Sabah dan Johor membuktikan wujud defisit kepercayaan terhadap kerajaan sedia ada.

“Kalau kerajaan sekarang sudah cukup baik, mereka tidak akan kalah teruk di Sabah dan Johor.

“Soal baik atau tidak, biarlah rakyat yang menilai. Setakat ini rakyat Sabah dan Johor sudah membuat keputusan mereka.

“Sekarang giliran rakyat Negeri Sembilan pula,” katanya pada sidang media di Pusat Media PN Ampangan, di sini, hari ini

Menurut beliau, PN menghormati hak setiap parti untuk mendakwa mereka lebih baik, namun ukuran sebenar ialah keputusan yang dibuat pengundi.

“Keputusan di peti undi membuktikan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan (PH),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast