Sisa runtuhan teruk Sekolah Rendah Shajarat al-Tayyiba di Minab, selatan Iran, selepas dibedil dalam satu serangan yang dahsyat. foto Anadolu

ISTANBUL- Angka kematian akibat serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran sejak 27 Jun meningkat kepada 55 orang, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Ketua Pusat Perhubungan Awam dan Penerangan kementerian berkenaan, Hussein Kermanpour berkata, seramai 629 lagi cedera, termasuk 36 mangsa yang masih menerima rawatan di hospital, manakala selebihnya telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan yang diperlukan.

Pada Rabu, pihak berkuasa Iran melaporkan angka korban akibat serangan berterusan AS ialah 53 orang, manakala 592 lagi cedera.

Ketegangan serantau semakin memuncak dalam tempoh dua minggu lalu selepas Presiden Donald Trump, pada 8 Julai mengumumkan bahawa gencatan senjata yang digariskan dalam memorandum persefahaman AS-Iran bulan lalu tidak lagi berkuat kuasa.

Sejak itu, AS dan Iran saling melancarkan serangan, dengan Washington menyasarkan beberapa lokasi di dalam Iran, manakala Tehran mendakwa telah menyerang kemudahan dan aset ketenteraan AS di beberapa negara di rantau berkenaan.

Konfrontasi itu turut mengganggu pelayaran melalui Selat Hormuz, mengancam bekalan tenaga global serta menyebabkan penutupan ruang udara secara berkala dan meningkatkan amaran mengenai kemungkinan serangan terhadap kemudahan serta kepentingan AS di luar Asia Barat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast