KUALA LUMPUR, 24 Julai – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 melanda kawasan Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.58 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 0.7 darjah Utara dan 126.4 darjah Timur, kira-kira 116 kilometer barat Tidore, Indonesia, pada kedalaman 10 kilometer.
MetMalaysia memaklumkan, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette
















