“Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?”
Itu pertanyaan yang dilontarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ahli Parlimen pembangkang memboikot sidang khas membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat pagi ini.















