Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ini kerana cadangan itu memerlukan keputusan di peringkat Jemaah Menteri sama ada untuk meneruskan atau mengembangkan tindakan berkaitan dapatan RCI tersebut.

Jelas beliau, cadangan RCI baharu itu juga perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebagai permulaan kita akan serahkan kepada pihak berkuasa seperti yang perdana menteri telah umumkan sama ada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), AMLA, Bank Negara Negara, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk melakukan siasatan penuh.

“Siasatan itu berdasarkan semua dapatan dan juga maklumat yang telah dimaktubkan dalam laporan serta maklumat tambahan yang telah dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua dan juga Menteri Agama semalam sewaktu perbahasan mengenai laporan RCI Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Sambutan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sini hari ini.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencadangkan RCI baharu dibuat bagi tempoh 2021 hingga 2025 kerana siasatan sedia ada hanya meliputi dari 2014 hingga 2020.

Mereka berpandangan RCI baharu itu perlu dibuat bagi menyiasat pengurusan TH dan pihak bertanggungjawab terhadap masalah kewangan serta pengurusan institusi itu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, tindakan susulan akan mengambil kira semua dapatan serta maklumat yang terkandung dalam laporan RCI berkenaan.

Katanya, ia juga memerlukkan  maklumat tambahan yang diberikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika penggulungan perbahasan mengenai laporan RCI TH. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast